16 June, 2009

LENCANA SEKOLAH

Gambar

JAWATAN KUASA PSS

JAWATAN KUASA INDUK
- Dipengerusikan oleh Guru Besar iaitu En. Nizamuddin bin Zaizakrani.
- Setiausaha ~ guru perpustakaan & media.
- AJK ~ Semua ketua Panitia & ketua bilik Khas.

JAWATAN KUASA KERJA
- Diketuai oleh Guru GPM SKBBS.
- Dibantu oleh rakan-rakan guru yang mudah bekerjasama untuk menjayakan sebarang aktiviti
PSS.

KEMUDAHAN PSS SKBBS


BILIK PERPUSTAKAAN
- Mempunyai kerusi dan meja yang sesuai untuk murid-murid membaca. Di samping itu terdapat meja rendah untuk murid-murid Tahap 1.
- Akhbar & majalah. Antaranya New Straits Times & Berita Harian. Majalah pula ialah Dewan Pelajar, Asuh, Kosmik, Dewan Masyarakat, Kuntum, Majalah PC & Dewan Siswa.
- Buku fiksyen yang pelbagai dan buku rujukan.


BILIK BBM
- Terletak berhampiran bilik guru untuk memudahkan guru mencari bahan.



GALERI KAJIAN TEMPATAN
- Baru diujudkan dan dalam proses penambahan bahan. Berkongsi tempat dengan bilik BBM kerana kekurangan bilik.

MAKMAL ICT
- Dikendalikan oleh guru yang pakar di bidang ICT.

15 June, 2009

AKTIVITI PSS SKBBS




Program Nilam .
* Mengadakan pertandingan Pembaca terbanyak setiap bulan sebagai langkah menggalakkan murid-murid membaca.

Kelas ICTL.
* Dijalankan pada waktu B. Inggeris bermula dengan murid Tahun 1 sebagai langkah untuk memperkenalkan mereka dalam dunia ICT.

Penerbitan Buletin PSS.
* Bertujuan untuk mengasah bakat murid dan untuk menambah kewangan PSS.

Kelas Perpustakaan.
* Tujuan utama untuk mengajar kemahiran perpustakaan di samping membantu pelaksanaan Program Nilam.

Kursus Dalaman.
* Diadakan setiap 2 bulan sekali. Guru-guru yang berkursus akan memberikan info yang didapati semasa mereka berkursus atau menghadiri bengkel.

Bengkel Memproses Buku.
* Terbuka kepada semua pengawas perpustakaan dan dibimbing oleh guru-guru perpustakaan.

Lawatan.
* Mengadakan lawatan ke PWTC setiap tahun untuk memenuhi impian guru-guru yang ulat buku.


Bulan Pusat Sumber.
* Diadakan setiap tahun. Antara pengisiannya ialah Pertandingan Bercerita, Mengarang, Mewarna & Melukis Kulit Buku, Ejaan Jawi, Hafazan, Kuiz , Pameran dan membuat Buku Skrap.
~ Majlis perasmian Bulan Pusat Sumber.

PENCAPAIAN PSS SKBBS


Anugerah Nilam
2008 ~ tahun yang sangat bertuah dan bermakna bagi warga SKBBS kerana seorang murid dari sekolah ini telah berjaya merangkul Anugerah Tokoh Nilam Negeri bagi Kategori Sekolah Luar Bandar. Insan yang bertuah ini ialah Farah Atiah bt Nazarudin. Beliau seorang yang peramah dan berhemah tinggi. Sekarang ini beliau sedang belajar di SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.